BANGKOK: Paetongtarn Shinawatra, anak perempuan bekas perdana menteri Thailand Thaksin Shinawatra, dipilih sebagai pemimpin baharu Pheu Thai Party yang mengetuai gabungan kerajaan pemerintah.
Paetongtarn, 37, menang tanpa bertanding bersama barisan baharu ahli jawatankuasa, pada mesyuarat agung Pheu Thai di Bangkok pada Jumaat.
Dalam ucapan sulungnya, Paetongtarn berharap eksekutif baharu akan belajar daripada pengalaman pilihan raya lepas untuk memperoleh sokongan rakyat dalam pilihan raya akan datang.
"Kami akan kembali menjadi parti politik No.1," katanya.
Paetongtarn berkata Pheu Thai Party komited untuk meningkatkan kehidupan rakyat dengan mendokong hak dan kebebasan mereka.
Pemilihan parti itu diadakan selepas pemimpin Pheu Thai Cholnan Srikaew berundur pada hujung Ogos sebagai menepati janjinya untuk berundur jika parti itu membentuk gabungan dengan parti pro-tentera.
Paetongtarn, yang menggunakan nama panggilan mesra Ung Ing, menceburi politik dua tahun lepas sebagai ketua penasihat pembabitan awam dan inovasi Pheu Thai.
Beliau adalah antara calon perdana menteri parti itu pada Pilihan Raya Umum 14 Mei lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 27 2023
Paetongtarn, 37, menang tanpa bertanding bersama barisan baharu ahli jawatankuasa, pada mesyuarat agung Pheu Thai di Bangkok pada Jumaat. - Instagram @ingshin21
Pan Gon hilang tiga tonggak utama menjelang pertemuan dengan Kyrgystan, Taiwan
Tiga pemain itu ialah pemain sayap Arif Aiman Mohd Hanapi dan Mohamad Faisal Abdul Halim serta penyerang Romel Morales.
Pelaburan China di Sarawak cecah RM19.4 bilion, cipta lebih 10,000 peluang pekerjaan - Abang Johari
China labur lebih RM19.4 bilion terutamanya dalam projek solar, keluli dan pembuatan berasaskan kayu di Sarawak.
Bekalan beras Sabah, Sarawak cukup menjelang Kaamatan dan Gawai - Arthur
Jumlah stok sedia ada mencukupi bagi menampung keperluan beras di kedua-dua negeri itu serta Semenanjung bagi tempoh hingga lima bulan.
Tekanan inflasi daripada penyasaran subsidi diesel boleh diurus - HLIB
Langkah menyasarkan subsidi diesel dianggarkan membawa penjimatan sebanyak RM4 bilion setiap tahun kepada kerajaan.
Kimberly bersara setelah hilang motivasi untuk berlatih
Kimberly Bong mengambil keputusan tinggalkan kem terjun negara selepas tidak lagi bermotivasi untuk meneruskan latihan.
Guna MRE, TH perkemas sistem pengurusan makanan
TH memutuskan untuk memperkemaskan sistem pengurusan makanan untuk jemaah semasa Masyair dengan memilih mengedarkan sajian pek makanan sedia dimakan, MRE disebabkan beberapa kelebihan MRE itu sendiri di mana antaranya berupaya mengurangkan bebanan ditanggung penyedia makanan serta tukang masak.
China pertahan latihan ketenteraan di sekitar Taiwan
China sebelum ini mendakwa Taiwan adalah sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan menggelar Lai sebagai 'pemisah berbahaya' yang akan membawa 'perang dan kemerosotan' ke pulau itu.
Rusia tahan seorang lagi Leftenan Jeneral
Agensi berita TASS yang dikendalikan kerajaan melaporkan Mahkamah tentera pada Rabu memerintahkan Shamarin, dipenjarakan selama dua bulan.
Beberapa penumpang cedera perlu jalani pembedahan tulang belakang
Pengarah Hospital Samitivej Srinakarin, Dr Adinun Kittiratanapaibool berkata masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada pesakit akan lumpuh kekal.
Mahkamah Perlembagaan Thailand terima petisyen pecat Srettha
Barisan hakim mengundi dengan keputusan enam menyokong dan tiga menentang, untuk menerima petisyen berkenaan serta memberi tempoh 15 hari bagi Srettha respons kepada kes itu.
Anak perempuan bekas PM Thailand ketuai parti pemerintah
Paetongtarn, 37, menang tanpa bertanding bersama barisan baharu ahli jawatankuasa, pada mesyuarat agung Pheu Thai di Bangkok pada Jumaat.
Kepulangan Thaksin tiada kena mengena dengan politik - Anak perempuan
Keputusan Thaksin untuk kembali adalah demi menjaga cucunya selepas meninggalkan negara itu selama lebih 15 tahun.
Thaksin Shinawatra dijangka pulang ke Thailand 10 Ogos
Selepas hidup dalam buangan selama 17 tahun, bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra dilaporkan merancang kembali ke negaranya pada 10 Ogos depan.
Calon PM Thailand, selamat melahirkan bayi lelaki dua minggu sebelum PRU
Paetongtarn memuat naik gambar bersama pasangannya dan bayi mereka yang diberi nama Prutthasin Sooksawas di media sosial pada Isnin.
Anak bongsu Thaksin sertai politik, cuba bawa imej dan 'jenama' baharu Shinawatra
Shinawatra, salah satu nama dan figura berpengaruh seiring kontroversi, meninggalkan rekod tersendiri dalam sejarah moden Thailand